Biografi Hasan Al-Banna Dan Sumbangannya Terhadap Pemurnian Akidah Umat Islam
Abstract
Hasan al-Banna adalah seorang tokoh pendakwah, pengasas dan pemimpin gerakan Iklnwan al-Muslimin yang terkenal di Mesir. Aspek akidah pula adalah satu aspek yang sangat penting dan lebih utama berbanding aspek-aspek lain dalam agama Islam Justeru itu artikel ini membuat kupasan tentang blografi Hasan al-Banna dan sumbangan yang diberikan oleh beliau dalam memurnikan nilai-nilai akidah yang menjadi pegangan umat Islam pada zamannya. Dapatan kajian mendapati Hasan al-Banna telah menggunakan profil dakwahnya, karya-karya dan organisasi Iklnwan al-Muslimin sebagai wadah untuk menyatakan keutamaan manhaj akidah al- Salaf berbanding manhaj lain, seterusnya mengajak umat Islam meletakkan ciri-ciri akidah mereka selari dengan akidah yang diajarkan al-Quran dan al-Sunnah