Jurnal KIAS http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias
Jurnal KIAS
en-US Thu, 24 Dec 2020 08:37:56 +0800 OJS 3.2.1.1 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Ilmu Qira'at Sepuluh Dan Pengamalannya http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/108
Ilmu Qira'at dilihat sudah semakin mendapat tempat dan dikenali dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia hari ini. Walaupun begitu, masih ramai yang masih tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang fakta sebenar ilmu ini. Justeru, tulisan ini bertujuan memberi pendedahan tentang ilmu ini dengan menyingkap asal usulnya serta menjelaskan kepelbagaian Qira'at yang dapat dijadikan bacaan dan amalan pada hari ini.
Wan Ismail bin Abd Halim Copyright (c) 2020 http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/108 Thu, 24 Dec 2020 00:00:00 +0800 Konsep Nur Muhammad: Huraian Dan Penjelasan http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/109
Konsep Nur Muhammad telah lama diperkata dan Nusantara semenjak diperbincangkan oleh ulama dahulu sampai ke hari ini. Ada segolongan umat Islam menerima konsep tersebut dengan mengemukakan dalil-dalil dan hujah-hujah yang tersendiri termasuk apa yang dikatakan hadis-hadis yang apa SAW. Manakala segolongan yang lain pula tidak menerimanya, bahkan menolaknya dengan mengemukakan dalil-dalil yang lain pula. Setiap golongan mendakwa pendapat mereka lebih betul dan benar, sedangkan pendapat kumpulan yang satu lagi dianggap salah, tidak betul, bahkan perlu ditolak dan tidak boleh diterima. Justeru artikel ini akan membuat penjelasan terhadap dalil-dalil daripada kedua-dua golongan tersebut, kemudian di akhirnya dikemukakan ulasan-ulasan sebagai perbandingan untuk ditarjih pendapat mana yang lebih kuat dan patut diterima.
Zakaria @ Mahmod bin Daud Copyright (c) 2020 http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/109 Thu, 24 Dec 2020 00:00:00 +0800 Manhaj Akidah Hasan Al-Banna Terhadap Sifat Khabariyyah Allah Swt http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/110
Hasan al-Banna adalah seorang tokoh pendakwah Islam yang tersohor dan amat berpengaruh. Konsep "Kesedaran Islam" yang menjadi agenda dakwahnya melalui wadah gerakan al-ikhwan al-Muslimun masih dapat disaksikan kesannya pada hari ini di seluruh pelosok dunia umat Islam. Walanpun begitu, ada aspek yang menjadi pertikaian di antara sebilangan umat Islam hari ini mengenal Hasan al-Banna, iaitu yang berkaitan dengan perspekrif beliau terhadap isu sifat khabariyyah Allah SWT. Sebilangan umat Islam berpendapat bahawa manhaj akidah Hasan al-Banna mengenai sifat khabariyyah ialah bermanhaj ithbat, manakala sebilangan yang lain pula berpendapat bahawa manhaj beliau adalah manhaj tafwid. Justeru artikel ini akan merungkai pertikaian pendapat ini bagi mendapatkan jawapannya
Muhammad Nasron bin Yaacob Copyright (c) 2020 http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/110 Thu, 24 Dec 2020 00:00:00 +0800 Ijtihad Para Sahabat Ra Pada Zaman Rasulullah Saw http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/112

Artikel ini bertujuan untuk membuktikan bahawa sejak zaman Rasulullah SAW lagi para Sahabat RA telah diberikan keizinan untuk berijtihad apabila mereka menghadapi sesuatu permasalahan baru yang tidak mempunyai nas yang terperinci. Manakala Rasulullah SAW pula berperanan dalam memberi perakuan kepada ijtihad Sahabat RA yang menepati fakta hukum atau prinsip-prinsip umum dan objektif syariah. Jika ijtihad mereka tersilap, baginda akan menjelaskan hukum syarak yang setepatnya. Sehubungan itu, perakuan Rasulullah dan ketetapan baginda itulah yang menjadi sumber hukum syarak, bukan ijtihad Sahabat itu sendiri. Justeru, tujuan artikel ini untuk menyokong pendapat sebilangan fuqaha yang mengatakan bahawa para Sahabat RA diharuskan berijtihad pada zaman Rasulullah SAW terutamanya ketika mereka berada berjauhan daripada baginda. Sebagai pendedahan awal, penulis hanya mengemukakan ijtihad sebilangan Sahabat dalam mengerjakan ibadat solat dan juga dalam menghakimi dua kes jenayah dan satu kes perebutan hak milik ke atas seorang anak yang baru dilahirkan.
Mohd Saiba bin Yaacob Copyright (c) 2020 http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/112 Thu, 24 Dec 2020 00:00:00 +0800 Kedudukan Anak Tak Sah Taraf Dalam Sejarah Awal Islam http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/113
Kertas ini menyorot kedudukan anak tak sah taraf dalam sejarah Islam, khususnya pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin RA. Perbincangan ini memakai metodologi historis bagi meneliti kronologi kes-kes dalam dua period tersebut. Umumnya kes-kes anak tidak sah taraf ini dibincangkan dalam bab nasab, kesalahan zina, anak angkat dan li'an. Daripada kes-kes yang dikumpulkan, gambaran akan ditumpukan kepada latar belakang kes dan pendekatan Islam menanganinya secara ringkas.
Mohd Azhar Abdullah, Muhammad Lukman bin Ibrahim Copyright (c) 2020 http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/113 Thu, 24 Dec 2020 00:00:00 +0800 Perniagaan Secara Multi Level Marketing (MLM): Satu Tinjauan Dari Perspektif Syarak http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/114
Pelbagai kaedah dan strategi pemasaran telah digunapakai oleh peniaga masa kini. Bermula dengan pemasaran secara konvensional hinggalah kepada kaedah pemasaran secara Multi Level Marketing (MLM). Apa yang penting kaedah pemasaran itu ialah satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif sesebuah syarikat. Multi Level Marketing telah mula berkembang di negara-negara barat khususnya di Amerika, serta merupakan salah satu strategi yang dianggap penting dalam pemasaran. Oleh kerana MLM semakin mendapat tempat dalam sistem perniagaan masa kini, artikel ini akan mengupas tentang perspektif syarak terhadapnya, dan seterusnya akan membuat penilaian sejauh mana ketepatan sistem MLM dengan sistem perniagaan yang dibenarkan oleh syarak.
Mohd Ramizu bin Abdullah Copyright (c) 2020 http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/114 Thu, 24 Dec 2020 00:00:00 +0800 Penglibatan Wanita Dalam Bidang Pekerjaan http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/115
Artikel ini bertujuan melihat sejauh mana peluang pekerjaan yang diberikan kepada kaum wanita dalam pelbagai masyarakat; pada zaman Rasulullah SAW, di kalangan masyarakat Barat (sebelum revolusi industri dan selepasnya) dan di kalangan masyarakat Melayu dahulu dan sekarang. la juga turut berbincang mengenai komitmen wanita bekerja terhadap tugas domestik dan sokongan yang diperolehi oleh wanita bekerja dalam mengurus rumah tangga mereka.
Fatimah binti Ali Copyright (c) 2020 http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/115 Thu, 24 Dec 2020 00:00:00 +0800 Strategi Pembelajaran Bahasa: Satu Pengenalan Konsep Dan Model http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/116

Pembelajaran merupakan suatu proses akumulasi maklumat dan matlamat secara berterusan yang berlaku dalam diri individu sejak ia dilahirkan sama disedari ataupun tidak disedari. Pembelajaran terdiri daripada lima domain iaitu kemahiran intelektual, strategi kognitif dan sikap. Pembelajaran juga melibatkan perubahan dan kemahiran, corak kognitif (pengetahuan dan pemahaman), motivasi dan minat serta ideologi. la juga merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Strategi belajar pula merupakan cara atau teknik yang digunakan oleh pelajar dalam mempelajari dan menguasai sesuatu pelajaran. Justeru, artikel ini membincangkan takrifan serta definisi strategi pembelajaran bahasa (SPB), kepentingan SPB serta ciri-ciri yang ada dalam SPB. Selain itu, model-model taksonomi SPB yang dibina beberapa pengkaji turut dibentangkan untuk melihat kepelbagaian strategi yang digunakan oleh pelajar.
Kamarul Shukri bin Mat Teh , Linamalini binti Mat Nafi Copyright (c) 2020 http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/116 Thu, 24 Dec 2020 00:00:00 +0800 Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Internet Di Kalangan Kakitangan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/117
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan internet di kalangan kakitangan KIAS. Sampel kajian kakitangan KIAS yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan perisian "Statistical Package of the Social Sciences" (SPSS). Analisis ini secara kaedah statistik deskriptif iaitu bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan adalah agak tinggi manakala tahap kemahiran ICT amat rendah. Kakitangan KIAS mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan internet semasa proses melakukan tugasan pejabat. Hasil kajian menunjukkan kakitangan KIAS tidak mempunyai masalah serius untuk menggunakan internet dalam tugasan masing-masing. Dapatan ini penting kepada pihak KIAS khususnya pihak pentadbiran KIAS sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana KIAS termasuk kemudahan peranti komputer untuk masa akan datang.
Nik Adlin bin Nik Mohd Adib Copyright (c) 2020 http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/117 Thu, 24 Dec 2020 00:00:00 +0800 فاحشة الزنا ومعالجتها في ضوء القرآن الكريم http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/118
القرآن الكريم هو كتاب الله والمعجزة الباقية إلى يوم القيامة ، لا يشبع منه العلماء ولا يخلق من كثرة الرد ولا تنقضي عجائبه وهو کتاب هداية ورحمة ، وصالح لكل زمان ومكان ، فالأمثلة والوقائع التي ذكرها القرآن الكريم تتكر والأحداث تتحدد ، وإن اختلفت الأسماء فالمسميات واحدة وإن تغيرت الصور . ولذلك فطرق العلاج من حقها الا تختلف . وفاحشة الزنا مما عالجه القرآن الكريم معالجة فعالة قد عادت وتفشت في المجتمع المعاصر بصورة رهيبة بحيث أصبحت ظاهرة اجتماعية لا يكاد يخلو منها أي بلد من بلدان العالم . في حين أن الكثيرين قد تاهوا في بحثهم لحل هذه المشكلة ، نحن نجزم بأن الدواء الشافي والعلاج الأمثل هو باتباع القرآن الكريم في التعامل مع هذه الفاحشة . وقد تناول هذا البحث المتواضع مفهوم الزنا ، وموقف الدين منه وبيان مزايا العلاج القرآني لهذه الظاهرة .
صوفي بن حاج عبد الله Copyright (c) 2020 http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/118 Thu, 24 Dec 2020 00:00:00 +0800