Teori-Dalam-Gunaan Bagi Pelaksanaan Tugasan TITAS Dan PM Berasaskan Hukum Perkaitan Maqasid Syariah
Abstract
Sinergogi merupakan satu pendekatan yang serasi dengan hukum perkaitan Maqasid Syariah. Keseimbangan sesuatu sistem perlu memenuhi hukum perkaitan SOLO tetapi tidak semestinya mampu memenuhi hukum perkaitan Maqasid Syariah. Perbezaan ini disebabkan hukum perkaitan Magasid Syariah lebih mementingkan keperluan kandungan atau substance berbanding dengan keperluan bentuk atau form secara bersepadu. Justeru itu, keperluan untuk memelihara perkara-perkara tambahan-hajiyyat dan tahsiniyyat – adalah untuk mengekalkan keupayaan atau memambahkan keupayaan sistem terasnya yang bersifat dhoruriyyat.
Dalam konteks pelaksanaan TI+TAS dan PM, perkara yang dhoruriyyat ialah TI (Tamadun Islam), hajiyyat ialah TAS (Tamadun Asia Tenggara) dan tahsiniyyat ialah PM (Pengajian Malaysia). Meskipun terdapat unsur- unsur di dalam perkara-perkara hajiyyat dan tahsiniyyat dalam kandungan dan bentuk pelaksanaan TAS dan PM namun unsur-unsur sekularisme di dalamnya boleh mencacatkan tasawwur dan pemikiran Islam. Asas perkaitan dhoruriyyat iaitu TI tidak boleh sama sekali diabaikan dalam PM. Teknik imbasan budaya atau cultural scanning boleh digunakan untuk tujuan pelarasan ilmu atau alignment of knowledge bagi sabjek- sabjek TI+TAS±PM mengikut kerangka analisis sosiografi dan analisis Varians. Dengan itu pelaksanaan PM menjadi satu sistem pembelajaran yang terbuka.