Pandangan Kritis Pengarang Majalah Pengasuh Terhadap Jatidiri Melayu-Islam
Abstract
Majalah Pengasuh adalah antara majalah bercorak agama yang terawal diterbitkan dan paling lama bertahan di Tanah Melayu. Keistimewaan majalah ini adalah pada keupayaan kelangsungan penerbitannya yang bermula dari 1918 hingga ke hari ini. Sejak dari awal penerbitannya lagi, Pengasuh memperjuangkan nilai dan semangat bangsa Melayu yang berteraskan Islam. Keluhan dan kerisauan tentang nasib bangsa Melayu disuarakan oleh ramai pengarang Pengasuh sejak dari tahun-tahun awal penerbitannya lagi. Selain itu, gagasan pemikiran yang terkandung dalam Pengasuh merupakan pandangan tajam para ulama' dan cendiakawan Melayu terbilang. Gagasan yang dibawa amat mempengaruhi pemikiran khalayak pembaca Melayu sehingga membangkitkan kesedaran yang menyeluruh dalam kehidupan mereka. Oleh kerana itu, kertas ini akan cuba meninjau dan membincangkan kembali idea-idea besar pemikiran intelegensia Melayu untuk dikongsi bersama dalam usaha mencari kembali jatidiri Melayu yang mula sirna ditelan arus modenisasi. Semua kita mengakui bahawa kelangsungan Tamadun Malaysia haruslah berpaksi kepada ketuanan Melayu-Islam.