Ketokohan Tuan Guru Hj. Muhammad Yusof B. Ahmad (Tuk Kenali ) Dalam Bidang Bahasa Arab
Keywords:
Tuk Kenali, Bahasa Arab, TurathAbstract
Tuan Guru Hj. Muhammad Yusof b. Ahmad (Tuk Kenali) merupakan seorang ulama terkenal dari Kelantan. Asas pengajian tafaqquhnya berpusat di kota Makkah setelah belajar asas-asas ilmu Islam di Kota Bharu, tempat kelahirannya. Nama beliau tidak asing lagi di sisi rakyat Kelantan sehingga sekarang. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana minat dan penguasaan bahasa Arab Tuan Guru Hj. Muhammad Yusof sehingga beliau mampu membaca dan memahami kitab-kitab agama dengan baik. Kajian dibuat dalam bentuk kualitatif dengan merujuk kepada buku-buku, artikel, majalah dan temubual. Akhir sekali, dapatan kajian menunjukkan bahawa beliau adalah seorang tokoh yang sangat berminat kepada bahasa Arab dan bersungguh-sungguh mengajar bahasa tersebut kepada murid-muridnya sebagai ilmu alat di samping pelbagai cabang ilmu agama.