Pelaksanaan Dasar Kesenian Di Negeri Kelantan Dari Tahun 1990 Hingga 2015: Kajian Aspek Penjagaan Akidah Dalam Hiburan
Keywords:
Kesenian, Hiburan, Enakmen, Garis Panduan, AkidahAbstract
Seni dan hiburan merupakan suatu yang sukar dipisahkan daripada kehidupan manusia. Setiap masa terdedah dengan kesenian dan hiburan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Walaupun kesenian dan hiburan merupakan sebahagian daripada Islam, namun ia perlu mengambil kira batas-batas yang ditetap oleh Allah S.W.T. Ini kerana kesenian dan hiburan yang melampau menimbulkan banyak kesan negatif dalam masyarakat seperti unsur-unsur syirik, khurafat, pemujaan roh, pergaulan bebas, maksiat, pil kuda dan dadah. Untuk mengelakkan rakyat Kelantan terjebak dengan kesenian dan hiburan yang melampau ini, kerajaan Kelantan telah mengambil langkah-langkah tertentu seperti mewujudkan Dasar Kesenian dan menguatkuasakan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. Kajian ini bertujuan untuk melihat langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan bagi menjaga dan memperkasakan akidah dalam kalangan rakyat Kelantan sebelum ini yang dilihat masih berbaur dengan amalan yang berlawanan dengan akidah melalui perlaksanaan seni dan hiburan. Bagi melengkapkan kajian, penulis menggunakan kaedah perpustakaan dan analisis dokumen rasmi seperti surat pekeliling, warta, enakmen dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Kelantan.Hasil kajian mendapati usaha tersebut dapat mengurangkan amalan khurafat dan gejala sosial di Kelantan. Diharap kajian ini dapat membantu para pengkaji kesenian disamping menambahkan lagi koleksi ilmu dan bahan rujukan untuk semua pihak.