Serangan Ideologi Moden: Realiti Umat Islam Masa Kini
Keywords:
Serangan, Ideologi Moden, Realiti Umat IslamAbstract
Umat Islam hari ini berdepan dengan serangan ideologi moden yang dicetuskan oleh Barat yang mahu menjauhkan mereka daripada ajaran dan pemahaman Islam yang sebenar. Realiti yang mendukacitakan ialah ramai dikalangan umat Islam yang tidak peka dan sedar dengan hal ini. Kajian yang dilakukan ini bertujuan mengenal pasti realiti kewujudan serangan ideologi moden, kaedah serangan dan pengaruhnya terhadap umat Islam hari ini. Kajian ini adalah kajian pengumpulan data adalah menerusi metode penyelidikan perpustakaan, dokumentasi dan pensejarahan. Dalam penganalisaan data, metode induktif, deduktif dan komparatif telah digunakan untuk mencapai dapatan kajian yang tepat. Hasil kajian ini mendapati bahawa ideologi moden ini adalah suatu serangan pemikiran yang dicipta oleh Barat, yang ditujukan kepada Islam umat menggunakan kaedah menyebarkan pengaruh melalui modenisasi dan globalisasi, sehingga berjaya mempengaruhi pemikiran dan cara hidup sebilangan besar umat Islam hari ini. Dengan cara ini umat Islam akan sentiasa diperintah dan dikuasai oleh Barat dan tidak mampu lagi memimpin dunia seperti umat Islam yang terdahulu.