Manhaj Ahl Al-Sunnah Dalam Berinteraksi Dengan Ayat Mutashabihat Menurut Kitab Jawi: Suatu Penilaian
Keywords:
Mutashabihat, Ahli al-Sunnah, Tafsir AL Ma'nā(Ta'wil Ijmali), Ta'wil Tafsir, Ithbat Ma'a al-TanzihAbstract
Artikel ini bertujuan ntuk mendedahkan beberapa fakta yang terkandung dalam kitab-kitab jawi berkaitan manhaj Ahl al-Sunnah dalam berinteraksi dengan ayat-ayat mutashabihat. la bertolak daripada wujudnya tanggapan yang membataskan akidah Ahl al-Sunnah kepada aliran Tafwid dan aliran Ta'wil sahaja. Tanggapan sedemikian perlu dinilai semula kerana terdapat dua aliran lagi yang diiktiraf oleh kitab jawi sebagai akidah Ahl al-Sunnah yang muktabar iaitu aliran Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari (-324 H) dan aliran pertengahan di antara Tafwid dan Ta'wil (mazhab al-Mutawassitin). Kajian ini menyimpulkan bahawa empat mazhah akidah Ahl al-Sunnah tersebut adalah bertunjangkan kepada prinsip al-Tanzīh iaitu mensucikan Allah S.W.T daripada menyerupai makhluk sama ada pada Zat mahupun pada Sifat dan Af āl yang sekali gus membezakannya daripada fahaman golongan mushabbihah dan mujassimah.