Tajwid Huruf: Sebutan Yang Sahih Bagi Huruf Lam Alif (لا)
Keywords:
Lam Alif (لا), Huruf Hija'iyyah, Tajwid HurufAbstract
Al-Quran ialah kitab suci umat Islam yang diturunkan dalam bahasa Arab. Justeru, setiap baris ayat, perkataan, dan huruf yang terdapat di dalamnya adalah daripada bahasa Arab. Walau bagaimanapun, telah berlaku perselisihan pendapat dalam kalangan ulama tentang bilangan huruf-huruf bahasa Arab yang diguna pakai oleh al-Quran. Hal yang sama berlaku terhadap sebutan setiap huruf terbabit antaranya huruf Lām Alif (لا). Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneliti perbezaan pendapat ulama pada bilangan huruf hija 'iyyah dan mengkaji yang manakah sebutan yang sahih bagi huruf Lam Alif (لا). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bentuk yang melalui reka bentuk kajian analisis kandungan. Hasil kajian mendapati antara faktor berlakunya perselisihan pendapat ulama terhadap bilangan huruf hijā'iyyah adalah pada menentukan huruf Alif, sama ada Hamzah, Alif Mad dan Alif bukan Mad. Faktor tersebut juga merupakan punca terciptanya huruf Lam Alif (لا) dan kepelbagaian sebutannya. Kajian ini seterusnya mengukuhkan keperluan menguasai bahasa Arab khasnya yang melibatkan al-Quran seperti ilmu Tajwid, dalam masa yang sama membuktikan kepentingan talaqqī dan mushāfahah dalam bacaan al- Quran.