Al-Mawt (الموت) Dalam Al-Quran: Kajian Dari Konteks Tafsir Lughawi

Authors

  • Ahmad Mujahideen b. Hj. Yusoff Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Adnin Nadwa bt. Che Razali Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin 'Aisyah Puteri

Keywords:

AI-Mawt, al-Quran, Tafsir Lughawi

Abstract

Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang telah diturunkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SA.W dengan menggunakan bahasa yang sangat unik dan hebat sehingga dapat menusuk dan menggetarkan jiwa. Antara keunikan dan kehebatan bahasanya dapat diketahui dari aspek penggunaan dan kepelbagaian makna yang terkandung disebalik bahasa yang digunakan. Oleh itu, objektif artikel ini ialah untuk menyingkap keistimewaan dan keindahan bahasa al-Quran melalui lafaz: "al-mawt "(mati) yang telah didatangkan bagi memperlihatkan keunikan dan kehebatan penggunaan dan makna lafaz tersebut. Artikel ini merupakan sebuah kajian kualitatif sepenuhnya yang menggunakan metod pengumpulan data dan penganalisaan data. Artikel ini mengumpul dan menganalisa lafaz: "al- mawt" (الموت) serta kosa katanya yang terdapat dalam al- Quran dari konteks tafsir Iughawi. Hasil dapatan dari artikel ini dapat mengenal pasti penggunaan dan makna- makna lafaz: "al-mawt" (الموت) serta kosa katanya dan sekaligus dapat merungkap keunggulan dan kehebatan susunan al-Quran yang penuh dengan keindahan dan mempersonakan serta mampu mendidik dan memberikan kesan terhadap jiwa seseorang.

Downloads

Published

2020-12-24

How to Cite

b. Hj. Yusoff , . A. M. ., & bt. Che Razali, A. N. . (2020). Al-Mawt (الموت) Dalam Al-Quran: Kajian Dari Konteks Tafsir Lughawi. Jurnal KIAS, 12(1), 1 - 18. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/139