Pengaruh Tempoh Belajar Bahasa Arab Di Luar Kelas Terhadap Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa
Keywords:
Tempoh Pembelajaran, Strategi Pembelajaran Bahasa, Strategi MetafizikAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh para pelajar IPT Kelantan ketika mempelajari bahasa Arab dan kekerapan penggunaannya. Selain Itu, la bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat sumbangan signifikan pada tempoh belajar bahasa Arab dalam seminggu terhadap penggunaan SPB. la juga berobjektif untuk melihat faktor pemboleh ubah tempoh belajar bahasa Arab di luar kelas dalam seminggu terhadap penggunaan strategi pembelajaran bahasa. Kajian ini melibatkan 200 orang responden daripada dua buah IPT di Kelantan laitu Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Akademi Pengajlan Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (APIUM). Kajian tinjauan yang bersifat kuantitatif ini menggunakan soal selidik strategi pembelajaran bahasa SILL versi 7.0 dengan penambahan konstruk metafizik untuk mengumpul data. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar menggunakan keseluruhan strategi pada tahap sederhana manakala strategi metafizik merupakan strategi yang paling kerap digunakan. Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pada tahap penggunaan SPB berdasarkan Jumlah jam belajar bahasa Arab di luar kelas dalam seminggu. Ujian Regresi Berganda pula menunjukkan bahawa tempoh belajar bahasa Arab di luar kelas dalam seminggu merupakan faktor yang mempengaruhi penggunaan SPB. Hasil kajlan ini sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia khasnya.