Realisasi Ijtihad Pada Zaman Khulafa' Rasyidin
Keywords:
ljtihad, Para Sahabat r.h, Nas Syarak, Qiyas, Prinsip- prinsip SyariahAbstract
Artikelini menjelaskan bahawa ijtihad yang direalisasikan oleh fuqaha sahabat r.h pada zaman Khulafa' Rasyidin bukan sahaja merangkumi hukum-hukum mu'amalat, munakahat, jināyat dan siyasah shar'iyyah tetapi juga turut melibatkan beberapa cabang ibadat. Realisasi ijtihad itu sendiri telah dilakukan dengan merujuk kepada fakta-fakta hukum yang sedia terkandung dalam sesuatu nas syarak dan juga dengan menggunakan kaedah qiyas serta dengan mengambil kira prinsip umum shari'ah. Artikel ini turut membuktikan bahawa ijtihad yang dilakukan secara kolektif adalah lebih terjamin ketepatannya dan lebih mudah untuk mencapai kesepakatan berbanding ijtihad yang dilakukan secara individu, la sekali gus membuktikan bahawa syariat Islam adalah bersifat komprehensif dan perlu dijadikan sebagai panduan dalam seluruh aspek kehidupan pada setiap tempat dan zaman selaras dengan konsep maqāsid al-shari'ah yang bertujuan untuk memelihara kemaslahatan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta- benda yang menjadi asas kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat.