Sumbangan Wahbah Al-Zujayli Di Dalam Ilmu Tafsir Al-Qurani Tinjauan Terhadap Karya Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Shari'ah Waal-Manhaj
Keywords:
Wahbah al-Zuhayli, al-Tafsir al-Munir, Ilmu Tafsir al- QuranAbstract
Wahbah al-Zuhayli lalah antara ulama kontemporari yang menghasilkan beberapa buah karya dalam ilmu tafsir al-Quran. Karya al-Tafsir al-Munir adalah yang paling menonjol yang mana bellau menyematkan semua perbahasan ilmiah yang diperlukan bagi pentafsiran sesuatu ayat. Karya tersebut dianggap antara karya tafsir yang paling baik pernah dihasilkan pada abad 20 kerana mempersembahkan pentafsiran yang mudah, teratur, lengkap dan sesuai dengan realiti manusia zaman moden sehingga karya beliau mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan umat Islam. Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenali pengarang dengan lebih dekat dan mendalami sumbangannya dalam ilmu Tafsir al-Quran melalui penerbitan karya al-Tafsir al-Munir. Kajian ini adalah kajian perpustakaan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah menerusi metode penyelidikan perpustakaan, dokumentasi dan pensejarahan. Dalam menganalisis data, metode Induktif, deduktif dan komparatif digunakan untuk mendapatkan natijah kajian yang tepat. Hasil kajian mendapati bahawa pengarang sangat berketokohan dalam bidang tafsir al-Quran. Dalam penghasilan karya al-Tafsir al-Munir, beliau didapati beriltizam dengan metode pentafsiran yang jelas dan selaras sama ada dari sudut persembahan mahu pun dari sudut isi kandungan. Beliau berpegang kuat kepada konsep asas dan disiplin yang perlu ada kepada seseorang pentafsir al-Quran. Sukar untuk mencari ruang yang boleh disifatkan sebagai kekurangan dalam karya ini. Jika tidak kerana harganya yang tinggi, maka ia adalah sebuah karya yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar ilmu Tafsir al-Quran.