Qira'at Jamak: Antara Kemahiran Qari Dan Kesesuaian Zaman
Keywords:
Qira'at, Jamak, Pendapat Ulama, ZamanAbstract
Artikel ini membincangkan tentang perihal jam'al-qira 'āt (menghimpun banyak bacaan) yang merupakan satu seni dalam pengajian ilmu Qira'āt. Lazimnya, al-Quran yang dibaca adalah secara tunggal (bacaan dengan satu riwayat sahaja) sejak zaman Nabi S.A.W lagi. Oleh itu, ia diterima dan diamal tanpa berlaku pertikaian dan perselisihan dalam kalangan umat Islam. Sebaliknya, setelah muncul jam' al-qirā'āt, ia telah mencetuskan beberapa masalah dan berlaku perselisihan pendapat mengenainya. Metode kualitatif dan temu bual digunakan untuk mengkaji sejarah kemunculan jam' al-qira'āt dan ketepatannya dalam menjaga al-Quran yang diturunkan dengan kepelbagaian wajah bacaan. Kesimpulannya, jam' al-qira'at merupakan satu anugerah yang amat bernilai untuk umat Islam khususnya kepada individu yang berkecimpung dalam bidang ini.