Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Internet Di Kalangan Kakitangan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias)

Authors

  • Nik Adlin bin Nik Mohd Adib Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan internet di kalangan kakitangan KIAS. Sampel kajian kakitangan KIAS yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan perisian "Statistical Package of the Social Sciences" (SPSS). Analisis ini secara kaedah statistik deskriptif iaitu bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan adalah agak tinggi manakala tahap kemahiran ICT amat rendah. Kakitangan KIAS mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan internet semasa proses melakukan tugasan pejabat. Hasil kajian menunjukkan kakitangan KIAS tidak mempunyai masalah serius untuk menggunakan internet dalam tugasan masing-masing. Dapatan ini penting kepada pihak KIAS khususnya pihak pentadbiran KIAS sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana KIAS termasuk kemudahan peranti komputer untuk masa akan datang.

Downloads

Published

2020-12-24

How to Cite

bin Nik Mohd Adib, N. A. . (2020). Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Internet Di Kalangan Kakitangan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). Jurnal KIAS, 9(1), 198 - 243. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/117

Issue

Section

Articles