Strategi Pembelajaran Bahasa: Satu Pengenalan Konsep Dan Model

Authors

  • Kamarul Shukri bin Mat Teh Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Linamalini binti Mat Nafi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Abstract


Pembelajaran merupakan suatu proses akumulasi maklumat dan matlamat secara berterusan yang berlaku dalam diri individu sejak ia dilahirkan sama disedari ataupun tidak disedari. Pembelajaran terdiri daripada lima domain iaitu kemahiran intelektual, strategi kognitif dan sikap. Pembelajaran juga melibatkan perubahan dan kemahiran, corak kognitif (pengetahuan dan pemahaman), motivasi dan minat serta ideologi. la juga merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Strategi belajar pula merupakan cara atau teknik yang digunakan oleh pelajar dalam mempelajari dan menguasai sesuatu pelajaran. Justeru, artikel ini membincangkan takrifan serta definisi strategi pembelajaran bahasa (SPB), kepentingan SPB serta ciri-ciri yang ada dalam SPB. Selain itu, model-model taksonomi SPB yang dibina beberapa pengkaji turut dibentangkan untuk melihat kepelbagaian strategi yang digunakan oleh pelajar.

Downloads

Published

2020-12-24

How to Cite

bin Mat Teh , K. S., & binti Mat Nafi, L. . (2020). Strategi Pembelajaran Bahasa: Satu Pengenalan Konsep Dan Model. Jurnal KIAS, 9(1), 172 - 197. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/116

Issue

Section

Articles