Perniagaan Secara Multi Level Marketing (MLM): Satu Tinjauan Dari Perspektif Syarak

Authors

  • Mohd Ramizu bin Abdullah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Abstract

Pelbagai kaedah dan strategi pemasaran telah digunapakai oleh peniaga masa kini. Bermula dengan pemasaran secara konvensional hinggalah kepada kaedah pemasaran secara Multi Level Marketing (MLM). Apa yang penting kaedah pemasaran itu ialah satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif sesebuah syarikat. Multi Level Marketing telah mula berkembang di negara-negara barat khususnya di Amerika, serta merupakan salah satu strategi yang dianggap penting dalam pemasaran. Oleh kerana MLM semakin mendapat tempat dalam sistem perniagaan masa kini, artikel ini akan mengupas tentang perspektif syarak terhadapnya, dan seterusnya akan membuat penilaian sejauh mana ketepatan sistem MLM dengan sistem perniagaan yang dibenarkan oleh syarak.

Downloads

Published

2020-12-24

How to Cite

bin Abdullah, . M. R. . (2020). Perniagaan Secara Multi Level Marketing (MLM): Satu Tinjauan Dari Perspektif Syarak. Jurnal KIAS, 9(1), 124 - 150. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/114

Issue

Section

Articles