Ijtihad Para Sahabat Ra Pada Zaman Rasulullah Saw

Authors

  • Mohd Saiba bin Yaacob Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Abstract


Artikel ini bertujuan untuk membuktikan bahawa sejak zaman Rasulullah SAW lagi para Sahabat RA telah diberikan keizinan untuk berijtihad apabila mereka menghadapi sesuatu permasalahan baru yang tidak mempunyai nas yang terperinci. Manakala Rasulullah SAW pula berperanan dalam memberi perakuan kepada ijtihad Sahabat RA yang menepati fakta hukum atau prinsip-prinsip umum dan objektif syariah. Jika ijtihad mereka tersilap, baginda akan menjelaskan hukum syarak yang setepatnya. Sehubungan itu, perakuan Rasulullah dan ketetapan baginda itulah yang menjadi sumber hukum syarak, bukan ijtihad Sahabat itu sendiri. Justeru, tujuan artikel ini untuk menyokong pendapat sebilangan fuqaha yang mengatakan bahawa para Sahabat RA diharuskan berijtihad pada zaman Rasulullah SAW terutamanya ketika mereka berada berjauhan daripada baginda. Sebagai pendedahan awal, penulis hanya mengemukakan ijtihad sebilangan Sahabat dalam mengerjakan ibadat solat dan juga dalam menghakimi dua kes jenayah dan satu kes perebutan hak milik ke atas seorang anak yang baru dilahirkan.

Downloads

Published

2020-12-24

How to Cite

bin Yaacob, . M. S. (2020). Ijtihad Para Sahabat Ra Pada Zaman Rasulullah Saw. Jurnal KIAS, 9(1), 69 - 102. Retrieved from http://ejournals.kias.edu.my/index.php/jurnalkias/article/view/112

Issue

Section

Articles